Karier kelab Mark Noble

Awal karier

Dia membuat penampilan pertamanya untuk pasukan senior ketika berumur 17 tahun dalam Piala Liga pada bulan Ogos 2004 dimana mereka menang 2–0 ke atas Southend. Dia membuat penampilan liga pertamanya dalam Championship pada bulan Januari 2005 ketika kekalahan 4–2 kepada Wolves. Selepas West Ham kembali ke Liga Perdana, dia hanya beraksi dalam lima perlawanan liga pada musim 2005–06. Dia lansung tidak bermain untuk West Ham pada tahun 2006.[4]

Tempoh pinjaman

Noble dipinjamkan kepada Hull City[5] dimana dia membuat lima penampilan. Tempoh pinjaman Noble berakhir lebih awal selepas dia mengalami kecederaan. Noble kemudiannya menyertai Ipswich Town secara pinjaman tiga bulan pada bulan Ogos 2006[6] dengan harapan untuk meraih pengalaman pasukan utama. Di sana, dia bermain 13 perlawanan dalam Championship dan menjaringkan gol profesional pertamanya pada 12 September dimana mereka menang 2–1 ke atas Coventry City.[7]

Kembali ke West Ham

Noble menjaringkan gol pertamanya untuk West Ham ketika kemenangan 3–0 mereka ke atas Brighton & Hove Albion pada bulan Januari 2007 dalam pusingan ke-3 Piala FA.[8]Pada 4 Mac, dia menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Perdana ketika menentang Tottenham Hotspur di Upton Park dimana mereka tewas 4–3.[9][10] Dia bermain 11 perlawanan dalam semua pertandingan dan menjaringkan tiga gol pada musim 2006–07.[4]

Musim 2007–08

Dia menjaringkan gol penalti pertamanya untuk kelab itu pada 8 Ogos 2007 dimana mereka menang 1–0 ke atas Birmingham City.[4][11] Dia tidak boleh beraksi buat beberapa minggu pada bulan November 2007 selepas dia bermain semasa mengalami kecederaan untuk beberapa bulan tanpa memberitahu staf medikal.[12] Pada bulan Januari 2008, Noble menjaringkan satu-satunya gol ketika kemenangan 1–0 ke atas Liverpool.[13]

Musim 2008–09

Mark Noble mengambil sepakan percuma

Musim 2008–09 bermula dengan tidak baik untuk Noble selepas dia dibuang padang ketika kekalahan 3-0 kepada Manchester City. Selepas menjalani penggantungan, dia kembali beraksi dan menjaringkan gol ketika menentang West Bromwich untuk menang 3–2. Dia membuat penampilan ke-100 untuk the Hammers dan menjaringkan gol ke atas Blackburn Rovers di Ewood Park pada 21 Mac 2009 untuk mencatat keputusan seri 1–1. Pada bulan April, dia menandatangani kontrak lanjutan mengekalkannya di kelab itu sehingga tahun 2013.[14]

Musim 2009–10

Noble memulakan musim 2009-10 dengan baik, menjaringkan gol pertama West Ham dalam musim baru. Dalam perlawanan pertama musim pada 15 Ogos, dia menjaringkan gol pembukaan dalam kemenangan 2–0 ke atas Wolverhampton Wanderers.[15] Dia hanya berjaya menjaringkan satu lagi gol pada musim itu ketika kemenangan 2-1 ke atas Aston Villa pada 4 November 2009.[4][16]

Musim 2010–11

Dia bermain 26 daripada 38 perlawanan dalam Liga Perdana dan terlepas aksi sebulan kerana pembedahan. West Ham disingkirkan liga selepas menduduki tempat ke-20.[4][17] Dia menjaringkan empat gol liga, kesemuanya penalti. Pada 2 April 2011 ketika menentang Manchester United, dia menjaringkan dua gol penalti tetapi mereka tewas 4-2.[18]

Musim 2011–12

Semasa musim 2011-12, dengan West Ham kini kembali ke Championship, Noble menjaringkan lapan gol, tujuh daripadanya merupakan penalti,[4] satu-satunya gol bukan menerusi penalti adalah ketika kemenangan 4-0 ke atas Barnsley.[19] Pada bulan April 2012, Noble dinamakan sebagai Hammer Tahunan untuk musim 2011-12.[20]Pada bulan Mei 2012, Noble bermain dalam perlawanan akhir play-off Championship 2012 di Stadium Wembley menentang Blackpool di mana West Ham menang 2–1 untuk kembali ke Liga Perdana.[21] Dia bermain 49 perlawanan dalam semua pertandingan dan hanya terlepas satu perlawanan dalam Championship.[4]

Musim 2012–13

Pada bulan September 2012, Noble menandatangani kontrak baru tiga tahun dengan pilihan untuk melanjutkan selama dua tahun lagi.[22] Pada bulan Februari 2013, dia tidak boleh beraksi kerana kecederaan.[23] Dia kembali pada 17 April 2013 ketika seri 2–2 dengan Manchester United.[4] Noble beraksi 31 perlawanan dalam semua pertandingan dan menjaringkan empat gol. Tiga gol merupakan penalti dan satu-satunya gol menerusi permainan terbuka adalah ketika kemenangan 4-1 ke atas Southampton pada 20 Oktober 2012.[24]

Musim 2013–14

Noble menjaringkan tiga gol pada musim 2013-14, satu-satunya menerusi permainan terbuka adalah ketika kemenangan 2-0 ke atas Cardiff City pada bulan Januari.[25] Pada 6 Mei 2014, Noble menerima anugerah Hammer Tahunan keduannya mengalahkan Adrián dan James Tomkins.

Musim 2014–15

Noble gagal menyempurkan penalti dimana mereka tewas 0-1 kepada Tottenham Hotspur pada 16 Ogos 2014, perlawanan pembukaan musim, tetapi menjaringkan gol pertamanya musim itu dalam perlawanan berikutnya di tempat sendiri pada 30 Ogos dimana mereka tewas 1-3 kepada Southampton.[26] Pada 29 November 2014, Noble mengatasi rekod Steve Potts sebagai pemain West Ham yang bermain perlawanan Liga Perdana Inggeris terbanyak. Penampilannya menentang Newcastle United merupakan perlawanan ke-205 Liga Perdana.[27] Noble menandatangani kontrak lanjutan yang akan mengekalkannya di West Ham sehingga tahun 2020 pada 26 Februari 2015.[28]

Rujukan

WikiPedia: Mark Noble http://www.11v11.com/matches/west-ham-united-v-tot... http://www.bbc.com/sport/0/football/18044378 http://www.bbc.com/sport/0/football/19939627 http://eplindex.com/61936/noble-sets-premier-leagu... http://www.highbeam.com/doc/1A1-c832675194b64f0c83... http://www.premierleague.com/en-gb/players/profile... http://www.premierleague.com/page/Headlines/0,,123... http://www.soccerbase.com/players/player.sd?player... http://www.soccerbase.com/players/player.sd?player... http://www.soccerbase.com/players/player.sd?player...